Friday 5 July 2013

Bilik Seni menggunakan Program Skecthup





Ini dipanggil Sudut Pandangan hadapan.

Ha...Ini pula Sudut pandangan sebelah kanan..

Dan ini pula susut pandangan sebelah kiri....

Sebenarnya inilah tugasan Seni ku untuk Semester lima ini....

Untuk panduan saja...kawan-kawan boleh buat yang lebih baik...

SELAMAT MENCUBA..



Thursday 13 December 2012

KOLAJ PENGHASILAN MONTAJ

TEKNIK KOLAJ PENGHASILAN MONTAJ
Ini adalah tugasan yang diberikan oleh pensyaraah kepada saya...jeng..jeng..jeng..hasilnya....
Sebenarnya di belakang YDPA tu saya gunakan teknik lukisan menggunakan water colour...tapi dalam gambar ni tak berapa nampak kebiruannya..mungkin waktu ni waktu tengah hari.  Cuba tengok yang di bawah:

Ha..yang ini baru nampak kebiruannya...masa saya tangkap gambar ni waktu petang..cahaya dah gelap sikit. nampak lebih real kan?

Thursday 8 November 2012

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA

Tarikh : 24 OKTOBER . 29 OKTOBER. 30 OKTOBER
Tempat : DEWAN GEMILANG SK PALOH RAWA

Saturday 17 March 2012

APA ITU NILAM?

Nadi Ilmu Amalan Membaca

Satu program yang menggabungkan atau mengadunkan semua aktiviti galakan membaca di sekolah dengan memberi ganjaran / pengiktirafaan.

"NILAM" atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cinta kepada budaya membaca dan budaya ilmu.

NILAM merupakan gabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan.  Program ini merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah-masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca.


  • Program ini merangkumi rancangan tabiat membaca secara terancang dan berterusan.
  • Ia merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun.
PENDEKATAN


Pendekatan yang wajar diambil dalam pembinaan tabiat membaca mestilah berupa paksaan yang berterusan,

MATLAMAT NILAM


Matlamat program NILAM ialah supaya terbina tabiat membaca dalam kalangan murid-murid.


OBJEKTIF


  • Menjadikan murid-murid banyak membaca.
  • Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovasi bagi menyemai tabiat membaca.

Friday 2 March 2012

SEMESTER 3

Pejam...celik...pejam..celik...dah semester 3. Banyak halangan dan cabaran telah dilalui...namun aku masih perlu lebih tabah untuk mengharungi lebih banyak halangan dan cabaran untuk menggapai sebuah impian demi mengubah masa depanku...Semoga aku terus tabah dan sentiasa tenang untuk mengharungi cabaran mengejar impian...