SEMESTER 1 (KPD 3016)
Ahli Kumpulan;
Rancangan Pengajaran :
Bilangan Pelajar : 35 orang
Masa : 60 minit ( 1 jam)
Tema : Kebersihan
Tajuk : Sekolahku Syurgaku
Fokus Utama
SK : 3.2 - Menulis secara mekanis berdasarkan bahan- bahan yang diberi dengan betul dan kemas.
SP : 3.2.3 - Menulis suku kata tertutup dengan cara yang betul dan tulisan yang kemas.
Fokus Sampingan
SK : 1.3 - Mendengar, memahami dan memberi respon terhadap sesuatu arahan, soalan, dan pesanan yang didengar dengan betul.
SP : 1.3.3 - Mendengar, memahami pesanan dan memberi respon secara gerak laku yang betul.
Objektif:
Pada akhir pengajaran, murid dapat :
i. Menulis perkataaan suku kata tertutup yang sesuai pada ayat-ayat arahan dengan betul.
ii. Menulis perkataan suku kata tertutup dan memberi erti perkataan tersebut dengan betul dan kemas.
iii. Mendengar dan mencatat perkataan yang terkandung dalam pesanan yang disampaikan.
Pengisian Kurikulum:
i. Ilmu Kesihatan
ii. KBT : BCB - Kemahiran membaca, Kontekstual.
Sistem Bahasa :
Tatabahasa : sinonim, ayat perintah.
Media :
Tayangan Video (Set Induksi), Gambar video gotong-royong di sekolah, Gambar-gambat tunggal, Slide Show padanan suku kata tertutup .
Pengetahuan sedia ada murid :
1. Murid pernah melihat dan menjalankan aktiviti kebersihan di rumah atau di sekolah.
2. Murid telah biasa mengendalikan peralatan kebersihan seperti penyapu, penyodok, bulu ayam dll.
Langkah Pengajaran :
Set Induksi ( 5 minit) :
1. Guru menayangkan paparan video gotong-royong di sekolah.
2. Murid melihat tayangan video.
3. Guru bersoal jawab dengan murid tentang alat-alat yang digunakan oleh murid-murid dan guru-guru dalam tayangan video sebentar tadi.
Contoh soal jawab:
i. Apakah alatan yang digunakan untuk aktiviti kebersihan yang anda lihat sebentar tadi?
Contoh jawapan murid :
i. berus cat
ii. penyapu
iii. kereta sorong
iv. Tong sampah
ii. Apakah Aktiviti yang dilakukan dalam gambar tersebut?
Contoh jawapan murid :
i. Menyapu sampah
ii. Menggunting pokok bunga
iii. Mengelap tingkap
Langkah 1 (10 minit) :
1. Murid menulis perkataan yang sesuai berdasarkan tayangan video itu tadi.
Contoh :
- pokok
- sekolah
- sapu
- pasu bunga
2. Murid membaca semula perkataan yang ditulis seorang demi seorang.
Langkah 2 (20 minit) :
1. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan.
2. Ketua kumpulan membacakan kad arahan simulasi
3. Dua orang murid melakukan simulasi aktiviti gotong-royong
membersihkan sekolah dengan berdasarkan slide show ditunjukkan.
Contoh arahan simulasi:
i. Tolong sapu sampah
ii. Tolong cangkul tanah
iii. Tolong lap tingkap
iv. Tolong potong rumput
v. Tolong padam papan hitam.
4. Murid lain meneka aktiviti yang dilakukan oleh rakan mereka .
5. Murid menyalin ayat arahan yang terdapat dalam slide show yang dipaparkan.
1. Murid memadankan perkataan dengan perkataan seerti pada slide show yang ditunjukkan.
2. Murid menulis perkataan suku kata tertutup dan menyambung erti perkataan tersebut dalam lembaran kerja yang diberikan guru.
Pentaksiran (10 minit) :
1. Murid menulis perkataan yang sesuai berdasarkan gambar-gambar yang diberikan guru.
Pemulihan
1. Murid menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup dalam ayat arahan berpandukan perkataan yang diberi.
Pengayaan
1. Murid menulis ayat-ayat arahan dengan menggunakan perkataan suku kata tertutup yang diberi pada slide show.
2. Murid melukis gambar yang sesuai berdasarkan ayat arahan yang ditulis.
ADIK-ADIK BOLEH MELUKIS DI SINI
ADIK-ADIK BOLEH MELUKIS DI SINI
Penutup (5 minit) :
1. Guru menayangkan semula video berkaitan gotong-royong di sekolah.
2. Guru bersoal jawab dengan murid secara individu dan kumpulan tentang tayangan video dan perkara yang dipelajari pada hari
ini.
Contoh soalan :
i. Apakah yang anda lihat tadi ?
ii. Apakah perkataan yang adik-adik tulis tadi?
iii. Apakah perasaan anda melakukan simulasi tadi?
No comments:
Post a Comment