Saturday 17 March 2012

APA ITU NILAM?

Nadi Ilmu Amalan Membaca

Satu program yang menggabungkan atau mengadunkan semua aktiviti galakan membaca di sekolah dengan memberi ganjaran / pengiktirafaan.

"NILAM" atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cinta kepada budaya membaca dan budaya ilmu.

NILAM merupakan gabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan.  Program ini merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah-masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca.


  • Program ini merangkumi rancangan tabiat membaca secara terancang dan berterusan.
  • Ia merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun.
PENDEKATAN


Pendekatan yang wajar diambil dalam pembinaan tabiat membaca mestilah berupa paksaan yang berterusan,

MATLAMAT NILAM


Matlamat program NILAM ialah supaya terbina tabiat membaca dalam kalangan murid-murid.


OBJEKTIF


  • Menjadikan murid-murid banyak membaca.
  • Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovasi bagi menyemai tabiat membaca.

No comments:

Post a Comment